18 Apr 2014

Cara Hilangkan Stretch Mark

Assalamualaikum semua..


Tahu tak apa itu stretch mark? Rupanya seakan-akan selulit... Berkedut-kedut. Untuk mommies yang dalam 1st dan 2nd trimister selalunya tak kelihatan lagi.. Masuk je ke trimister ke 3, hana gerenti ia akan mula nampak. Jom tenguk acaner rupanya..




Perut oh perut..




Mommies semua.. Kita patut risau rupa bentuk kulit kita selain dari berat badan yang asyik kita kejarkan untuk turun tu.. Apa yang ada dibawah pakaian ni jadi tatapan untuk suami. Tiada istilah terlambat buat kita semua. Jangan rasa rendah diri, jangan rasa aku tak cantik. Bagitahu diri kita setiap hari, kalau saya tak cantik saya boleh ubah untuk diri dan suami saya. Kita kena bertindak sekarang juga. Wahh semangat tak?

Terdapat banyak jenama di pasaran, boleh cuba dari yang murah hingga yang mahal.. Jika boleh mulakan dari 1st trimister lagi. Kulit yang di sapu losyen hari-hari akan lebih lembut dan tahan kesan regangan. Macam kita sapu cream di muka tu. Pakai pagi dan malam. Kulit sentiasa terjaga.. Kalau terlepas 1st trimister, takpe its ok...Mulakan lah hari ini. Jangan tunda-tunda..Jangan berkira.. Kita boleh beli pada harga yang murah, hana akan share sekejap lagi.

Di bawah ni contoh SM cream atau oil yang agak popular di pasaran..



Popular kot Bio Oil ni











Hana guna yang ini.. 




Sorry gambar kelam..
Nak tido baru nak snap




Dah guna 2 botol
Nak masuk beli yang ke 3


Sejak 3 mths pregnant lagi hana dah beli, sapu keliling tummy, tepi pinggang.. Review minyak ni, terbaik! Cepat betul meresap.. Lepas sapu di perut, boleh sapu lebihan minyak di siku, lutut, rambut.. Nama pun for skin and hair kan.. Lepas tu, tak perlu basuh tangan pun. Harga pun murah.. Dahla murah, tahan lama pula tu.. 1 botol 3 bulan.. Sapu setiap kali selepas mandi, 2 kali sehari kerana masa tu kulit kita lembut dan cepat serap..

Bukan setakat itu sahaja, hana guna untuk bibir juga. Sejak kahwin ---> pregnant---> (minum air bergelen2) bibir macam keras kejung, pucat, kering.. Pakai lip liner tak jalan pun.. Tetapi sejak pakai ni.. wahh bibir.. lembut..

Hana beli di Mahnaz Batu 3, Shah Alam.. Tak ingat berapa RM.. Kalau ada sesiapa yang duduk jauh nun dan nak suruh hana belikan pun boleh.. Till then!


4 comments:

  1. Assalamualaikum, sheila suka blog akak nampak fresh. sheila masukkan tabber widget bagi ruang sidebar tak penuh sangat. blog pun ringan sikit, bila orang datang blogwalking in shaa Allah tak rasa jemu kot.

    Kak hana jangan marah naaaa ~~~

    ReplyDelete
  2. kadang org yg tak mengandung pun ada jugak selulit. perut boroi ada selulit hmmm

    ReplyDelete
  3. Tq Sheila...

    Hafezah.. Yang slim pun ada selulit.. Selalunya bahagian2 yang tersorok.. Orang pregnant ni obvious sgt sebab kesan regangan dalam waktu yang cepat.. Rajin2 lah kita sapu krim/oil utk pencegahan dan rawatan.

    ReplyDelete