28 May 2014

Biskut Mazola Jumbo - Hari Hari Hari Raya 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Ada stok baru masuk ni.. Bukan barang baby.. Supplemen untuk mak dan ayah baby.. Hehe.

Biskut Mazola Jumbo, Buatan Muslim.. (RANGUP dan guarantee PUAS HATI). 

Menjadi permintaan ramai. Tempahan orang (Ofis dan rakan-rakan) pada Hana paling kurang seminggu 5-8 balang. Cater about 100 buah Kedai Runcit sekitar Puchong..

Ingin berniaga untuk Hari Raya? Min borong 10 balang. Harga kita discuss lain.. :-)
Tempahan di buka sehingga 11 Jul 2014. 

Nak order untuk makan hari biasa pun boleh.. Biskut di bakar setiap hari.. Panas, Fresh..
Sebab hari hari kan hari raya!!!

COD by appointment, area Subang Jaya (USJ 21), Puchong, Shah Alam.

Email: if.its.love.hana@gmail.com
Mazola Hot Line: 019-218 1162




See it for Real, Taste it to Believe it.





RM 25
80 biji


Lebih besar berbanding syiling 50 cent


23 May 2014

Clearing Stock-Autumnz

As Salam,

Hana menunggu detik-detik itu.. Menakutkan.. Hee.. So nak clearkan stok sebelum bersalin ye..

1)Autumnz Storage Liner 12 Oz ~ RM9.50 sahaja

  • Sold Out (Macam pisang panas)


2)Autumnz Breastmilk Storage Bottle 10 pcs ~ RM33 sahaja

  • Blue 1boxes
  • Pink 2 boxes


While stock last.. Kita sambung bisnes selepas habis pantang.. :)

Wassup 019-218 1162

Batuk Semasa Hamil

Salam semua,

Tiba-tiba je teringat pengalaman batuk teruk semasa 5 mths, masa tu nak tidur tak boleh.. Batuk sampai sakit-sakit perut hingga hasben bising, tahanlah sikit, ada baby dalam perut tu, ikutkan sangat tekak dan hati awk tu.. Hana lak, sedih tak tentu fasal, merajuk terus n sedu sedan... hehehe

Jadi esoknya, hana pergila klinik M____ tutt... Dr beri ubat batuk... Siap yang mengantuk punya.. Then, balik tu.. Fikir-fikir balik boleh ke makan ubat ni? Tak effect bayi ke? Rasa risau, tak pasti, tak confident.. Jadi untuk bagi puas hati Hana ni, Hana pergi lagi ke Klinik yang lain... Hana pergi ke klinik, Poliklinik Shaik di Kota Kemuning. Dr tu bagi ubat ni, menurutnya ia herba semata-mata, very mild dan langsung tak mengantuk. Which is good for me and for the baby.. Yang mula-mula tadi tu mengantuk, risau effect baby yang akan turut mengantuk pula kan.. Bahaya nanti baby turut tidur sekali...




Makan ubat ni, oklah rasa la kurang sikit.. But still tekak rasa gatal-gatal. Then, Hana ke farmasi pula. Bila ke farmasi, tanya ada ubat batuk tak? Saja nak survey heee, ada ni haa.. Dia tunjuk prospan juga. Buat apa nak beli lagi kan? Dah ada yang Dr bg tadi.. Dan dia suggest to take Manuka lozenges sebagai tambahan. Hana beli brand oregano ni, tapi kotak warna putih..Puas google tak jumpa.. You can try to find to at any farmasi, selain brand ni ada banyak lagi Manuka lozenges.. It works like strepsil, dan the taste like madu lah senang cite.. Sedap sangat.. and terus tekak lega.. xyah nak kong3, mcm ape je..

 





To mommies yang pernah experience batuk teruk, boleh try ubat ni.. If korang rasa tak pasti, tak kompiden dengan ubat ni consult lah dengan Dr dulu ye..Lagi baik.... So far, baby hana sihat walafiat, cergas di dalm perut ni... Sekarang dah engage dh.. Tunggu detik cemas tu je.. Doakan Hana ya semua! Salam sayang.. eceh

















5 May 2014

Autumnz Posh Cooler Bag

- Holds  up to 8 standard neck bottles measuring 5 oz
- Holds up to 8 bags of filled Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bags
(7oz each)
- 2 separate compartments - bottom compartment to store your breastmilk, ice
gel and the top compartment to store your breastpump*
- Spacious room to fit Autumnz MARVEL, Autumna Ultimate, Autumnz Bliss,
Autumnz Passion, Medela Swing, Medela Harmony, Medela Mini Electric, Medela
Manual, Avent Isis Manual, Avent Isis Uno
- Size - 24cm (W) x 27cm (H) x13cm (D)
- Tested to keep breastmilk chilled for up to 14 hours (under normal room
temperature) with 3 pcs of Autumnz Reusable Ice Pack



Normal Price RM55.90
Offer Price RM 46 nett each

Pos Laju RM8

Preorder only. 

Order 019-218 1162


Code A



Code B



Code C



Code D



Code E



Code F



Code G



Code H



Code I

Untuk warna dan pilihan design yang lain boleh rujuk www.autumnz.com dan pm Hana 019-218 1162



2 May 2014

Buka Buku Pink

Salam Jumaat Semua..

Maaf terlambat buat entry ni.. Dah hujung-hujung pregnant barula teringat nak share benda ni..hehe

Semua ibu-ibu yang mengandung mesti buka buku pink ni. Tak kiralah kalau korang nak bersalin di private ke, government hospital ke...Buka dan check up sekali je pun dah cukup.

1. Perkara yang paling penting monitor lah period korang.. Tolong tanda hari pertama period dan last day period without fail..Bila period tak muncul-muncul.. (hana tunggu sampai 2 minggu lebih. Buatla UPT test sendiri. Beli je di guardian atau watson.. 

2. Result positive, boleh ke klinik biasa (means mediviron ke, metro medic ke) untuk  buat scan.. Tak perlu  lah scan 4D or yang banyak2 D tu,scan biasa sahaja dahulu.. Simpan scan report ni baik-baik ya dan bawa sekali masa buka buku pink.

3. Boleh get ready surat nikah, salinan ic anda, salinan ic hasben,BIL ELECTRIC dan juga scan report yang tadi tu.. 

4. Then call atau terus pergi ke Klinik ibu dan anak yang terdekat.. Bagitahu saya nak buka buku pink. Dia akan tanya alamat kita tinggal. Or akan minta dokumen-dokumen tadi..Kalau Klinik di situ cover area rumah korg, dia akan terus bagi tarikh untuk buka buku pink. Masa ni tak payah la nak ambil cuti lagi. Minta time slip sekejap je.. Sebab ambil masa berapa minit je pun. Boleh ke klinik, hari apa pun.. In case, Klinik tu tak cover area rumah korang.. nurse tu akan bgtahu Klinik mana..

5. Tiba masa tarikh tu, bawa dokumen tu semua, datang awal-awal, isi buku semua..Boleh la nak ambil cuti.. Masa hana hari tu, setengah hari dah siap.. Petang boleh kerja.. Save annual leave hana.. Dan bermula lah rutin check up anda... :) 


Info tambahan:-

Check up
1 hingga 7 bulan - 1 bulan sekali
Lepas 7 bulan - 2 minggu sekali 
Jika tak nak check up di Klinik government, boleh je check up di private clinic.. Siapkan ongkosnya sahaja.. Usually around RM 50 sekali check up di klinik private biasa.. Bukan di Prince Court, SJMC, KPJ ye kawan-kawan..Di sini dah tentulah mahal...

Scan time (2 times)
2 months pregnant
7 months pregnant
Selebih dari tu, terpulang pada anda atau seperti yang di sarankan oleh doktor.

Sedikit tips:
1. Setiap kali check up, ada urine dan weight test.. Jadi setiap kali Hana sampai je klinik. Hana terus g shishi for urine sample dan timbang berat badan tanpa di suruh.. Tolong jangan tipu-tipu berat badan anda. Bahaya untuk anda dan bayi juga.

2. Datang awal atau sekurang-sekurangnya on time setiap kali check up.. Sebab... Orang punyalah ramai..

3. Jangan marah, jangan nak merungut.. Memang tradisi check up di klinik kesihatan ni lama... Bersabarlah.. Bawa buku/majalah, bawa hpon, lepak dalam kete (but jangan sampai terlepas no ye) dari melangut2..Takdelah boring, takdelah rasa nak marah..

4. Kalau anda kuat, tidak morning sickness teruk, tak perlu la hasben temankan.. Pergi je sendiri.. Bukannya susah pun.. Waktu kerja hasben pun tak terganggu.. Jom jadi IBU YANG BERDIKARI... Di kecuali kan kepada yang morning sickness teruk or dah nak bersalin.Bawalah hasben anda tu... :)

5. Sarapan lah dahulu atau bawa bekal roti dan air.. Perut taklah bekeroncong.. hehehe

Sekian..