2 May 2014

Buka Buku Pink

Salam Jumaat Semua..

Maaf terlambat buat entry ni.. Dah hujung-hujung pregnant barula teringat nak share benda ni..hehe

Semua ibu-ibu yang mengandung mesti buka buku pink ni. Tak kiralah kalau korang nak bersalin di private ke, government hospital ke...Buka dan check up sekali je pun dah cukup.

1. Perkara yang paling penting monitor lah period korang.. Tolong tanda hari pertama period dan last day period without fail..Bila period tak muncul-muncul.. (hana tunggu sampai 2 minggu lebih. Buatla UPT test sendiri. Beli je di guardian atau watson.. 

2. Result positive, boleh ke klinik biasa (means mediviron ke, metro medic ke) untuk  buat scan.. Tak perlu  lah scan 4D or yang banyak2 D tu,scan biasa sahaja dahulu.. Simpan scan report ni baik-baik ya dan bawa sekali masa buka buku pink.

3. Boleh get ready surat nikah, salinan ic anda, salinan ic hasben,BIL ELECTRIC dan juga scan report yang tadi tu.. 

4. Then call atau terus pergi ke Klinik ibu dan anak yang terdekat.. Bagitahu saya nak buka buku pink. Dia akan tanya alamat kita tinggal. Or akan minta dokumen-dokumen tadi..Kalau Klinik di situ cover area rumah korg, dia akan terus bagi tarikh untuk buka buku pink. Masa ni tak payah la nak ambil cuti lagi. Minta time slip sekejap je.. Sebab ambil masa berapa minit je pun. Boleh ke klinik, hari apa pun.. In case, Klinik tu tak cover area rumah korang.. nurse tu akan bgtahu Klinik mana..

5. Tiba masa tarikh tu, bawa dokumen tu semua, datang awal-awal, isi buku semua..Boleh la nak ambil cuti.. Masa hana hari tu, setengah hari dah siap.. Petang boleh kerja.. Save annual leave hana.. Dan bermula lah rutin check up anda... :) 


Info tambahan:-

Check up
1 hingga 7 bulan - 1 bulan sekali
Lepas 7 bulan - 2 minggu sekali 
Jika tak nak check up di Klinik government, boleh je check up di private clinic.. Siapkan ongkosnya sahaja.. Usually around RM 50 sekali check up di klinik private biasa.. Bukan di Prince Court, SJMC, KPJ ye kawan-kawan..Di sini dah tentulah mahal...

Scan time (2 times)
2 months pregnant
7 months pregnant
Selebih dari tu, terpulang pada anda atau seperti yang di sarankan oleh doktor.

Sedikit tips:
1. Setiap kali check up, ada urine dan weight test.. Jadi setiap kali Hana sampai je klinik. Hana terus g shishi for urine sample dan timbang berat badan tanpa di suruh.. Tolong jangan tipu-tipu berat badan anda. Bahaya untuk anda dan bayi juga.

2. Datang awal atau sekurang-sekurangnya on time setiap kali check up.. Sebab... Orang punyalah ramai..

3. Jangan marah, jangan nak merungut.. Memang tradisi check up di klinik kesihatan ni lama... Bersabarlah.. Bawa buku/majalah, bawa hpon, lepak dalam kete (but jangan sampai terlepas no ye) dari melangut2..Takdelah boring, takdelah rasa nak marah..

4. Kalau anda kuat, tidak morning sickness teruk, tak perlu la hasben temankan.. Pergi je sendiri.. Bukannya susah pun.. Waktu kerja hasben pun tak terganggu.. Jom jadi IBU YANG BERDIKARI... Di kecuali kan kepada yang morning sickness teruk or dah nak bersalin.Bawalah hasben anda tu... :)

5. Sarapan lah dahulu atau bawa bekal roti dan air.. Perut taklah bekeroncong.. hehehe

Sekian..


1 comment:

  1. assalamualaikum kak hana, nice sharing... heee start next week sheila check up seminggu sekali. mujur sangat bos bagi cuti awal. hihiiiiii cant wait to see baby (",)

    ReplyDelete